Suika Game

Suika Game[lower-alpha 3], juga dikenali sebagai Watermelon Game (bahasa Inggeris: Permainan Tembikaicode: en is deprecated ) ialah permainan video teka-teki Jepun yang dibangunkan dan diterbitkan oleh Aladdin X, yang menggabungkuan unsur permainan teka-teki jatuh dan cantum. Permainan tersebut asalnya dibangunkan untuk projektor digital syarikat. Walau bagaimanapun, disebabkan kejayaan awalnya, permainan tersebut dikeluarkan di Nintendo eShop pada Disember 2021 hanya di Jepun. Pada Oktober 2023, permainan tersebut diberi keluaran global. Konsepnya berasal daripada permainan pelayar China bertajuk "Synthetic Big Watermelon" (Bahasa Cina: 合成大西瓜code: zh is deprecated ) yang dikeluarkan pada Januari 2021.